Friday 31 May 2013

Bermuamalatlah dengan yang dikenali kerana itu yang diyakini.



"Ukhti, kenapa ana makan ni tak menjadi? Bila ana makan supplement yang sebelum ni, menjadi pulak. Kenapa ye?" tiba-tiba disapa. Dan saya hanya diam dan terdiam.


Setelah panjang menerangkan, saya bertanya. "Ukhti tak tanya ke kat orang yang jual produk ni kat ukhti?"


"Dah, dah tanya, ana tanya kat ramai orang, tapi semuanya jawapan lain. Tak sama"


Menguis dagu, sambil berfikir. "Emh, sebenarnya, kalau customer ana, ana takkan jawab soalan macam ni."


"Kenapa?"


"Sebab, walaupun produk sama, tapi kadang-kadang cara masing-masing berbeza, setiap penjual berbeza-beza. Macam ukhti kata tadi, ukhti tanya pada ramai orang tentang produk yang sama, tapi jawapannya berbeza-beza, kan?"


Lama diam, dan saya menyambung lagi. "Lagi pun, kalau semua customer macam ukhti, beli ngan orang lain, tanya ngan orang lain, nanti, orang yang jual kat ukhti tuh akan buat kesilapan yang sama sebab tak diperbetulkan. Ana ada jumpa seorang penjual ni, dia promote dengan mengatakan bahawa orang mengandung pun boleh makan produk ni. Tapi, kalau customer mengandung nak membeli dengan ana, ana tak bagi, sebab ilmu ana yang meminta customer ini untuk bersabar. Orang mengandung bukan sembarangan boleh guna. Kalau boleh pun, ada caranya"


Saya masih teringat satu kes produk ini, sampaikan customer bawak masalah ini sehingga peringkat KKM. Sedangkan saya tahu kenapa terjadi sebegitu, dan pengasasnya juga telah memberitahu keterangan yang detail tentang produk tu tidak digalakkan orang mengandung guna. Tapi, disebabkan sesetengah penjual yang nak untung, semuanya dia bagi makan.


Inilah pentingnya kita melihat ilmu penjual tersebut.


"Alhamdulillah, kak. Lepas saya ikut apa yang akak kata, kulit saya sekarang dah semakin sembuh. Alhamdulillah." tiba-tiba terima satu testimonial tentang satu produk skincare yang saya jual. Dan satu kelegaan apabila saya mendapat testimonial tersebut.


Produknya sama, tapi, guidance nye berbeza menjadikan hasilnya tidak sama.


"Kak, macam mana ni, kak...bla...bla...bla...." satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit. Dan saya terus jawab sambil meminta dia bersabar. Dan akhirnya..."Kak, terima kasih kak. Selepas saya ikut cara yang akak cakap, jerawat saya semua dah kecut. Alhamdulillah. Terima kasih, kak"


Alhamdulillah. Tak kurang juga yang bertanya tentang masalah kesihatan. "Dik, maaf ye, akak rasa akak tak boleh makan produk ini. Sebab tadi akak jumpa doktor, akak sekarang allergic."


Saya diam sebentar. Akal 'Ijazah Sarjana Muda Sains Biokimia' dan pengalaman 'Master Falsafah bahas Maqasid Syariah dan Bioteknologi Moden' berdiskusi di dalam fikiran saya. Dan akhirnya saya jawab, "Akak, cuba akak makan dulu produk ni, sebab produk ni ada bla...bla...bla...dan ini memang diperlukan bagi yang mengalami allergic"


Dan akhirnya.


Alhamdulillah.


Ramai yang tak sedar kepentingan membeli pada orang yang dikenali. Dan kepentingan mengetahui tahap ilmu orang tersebut. Sebab, apabila bermulanya muamalat, maka, para malaikat sedang menghitung pahala-pahala dalam usaha seorang penjual nak dapatkan hasil yang diingini.


"Begitu juga dalam usaha munakahat, ukhti. Urusan munakahat ni bukan hanya sekadar merisik, meminang, nikah, dan happily ever after. Tak, tapi DIA melihat dalam sepanjang urusan itu, bagaimana kita berharap pada DIA, apa doa kita, bagaimana kita berurusan dan bertolak ansur dengan orang sekeliling. Kita jangan tengok dia Ustaz, atau Ustazah, kita dah yakin mereka akan bahagia. Tak, sebab, bukan takda ustaz/ustazah yang bercerai. Sebab tuh kita tak boleh nak yakin dengan testimonial sebab kita sendiri pun tak tahu apakah produk lain yang dia juga guna. Ana ada tengok satu testimonial ni, gambar dia ada pada dua produk. Belum lagi masuk macam mana lifestyle dia. Sebenarnya, bukan penjual sahaja perlu banyak membaca, customer juga perlu rajin mencari info supaya lebih memahami jalan kerja sesuatu produk tersebut, bukan menyakini produk itu akan memberikan hasil yang dijangkakan, malah, Haram jadinya kalau kita percaya produk dapat memberikan hasil yang diingini"


Sebarang muamalat, keberjayaan itu bukan dengan berjayanya seorang penjual menjual produknya tapi bagaimana kita menjaga silaturrahim dalam urusan berjual beli. Produk ini hanyalah sebagai umpan dari Allah untuk melihat dan menguji kita. Tanpa keizinanNYA, takkan berlaku apa yang kita sangkakan.


Ramai yang tak sedar, betapa pentingnya seorang customer mengenali penjual tersebut."Emh, kalau ukhti berjual, sepatutnya perlu letakkan gambar sendiri satu, sebagai pengenalan diri. Ada sesetengah pendapat ulama, kalau darurat, yang berpurdah wajib buka purdah" gulp, terkedu. Maka saya meletakkan satu gambar tangkap di bahagian sisi. Gambar candid.


Ramai yang tak tahu kenapa kita perlu membeli pada orang yang kita kenali, kerana ilmu setiap orang berbeza-beza dan bagaimana seorang penjual memandu pembelinya supaya hasil yang diingini menjadi. Sesetengah produk, ada kaedah penyimpanannya. Jika penjual itu mengambil mudah mengenai perkara ini, maka akan memberi effect kepada setiap penerima barang tersebut.


"Saya mintak ye, kalau bukan penjual bawah saya, harap jangan menggunakan gambar testimonial saya, sebab kalau produk anda adalah produk tiruan, tapi pakai gambar testimonial dari saya, tak ke nama menipu  customer tu. " gulp.


Setiap orang perlu tahu dengan siapa dia bermuamalat kerana semuanya ini memberi kesan kepada silaturrahim yang berlaku. Maka, bermuamalatlah dengan orang yang kita yakini. Jika harga jualan mengikut pasaran dan tidak murah seperti sesetengah peniaga yang bermain harga, janganlah kita menjadi begitu kejam kerana kita tak tahu hasil keuntungannya, barangkali dia perlukan untuk kelangsungan hidupnya. Dan tidakkah anda sedar, pahala dikira apabila anda menjaga hak sesama muslim?


Senyum.


Jom cuba Jamu Seri Pengantin. 

Sunday 26 May 2013

Perniagaan dan Tauhid


 "Kak, confirm ke menjadi pakai produk ni?" seorang pelanggan bertanya. Dan aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan satu keluhan. "Dik, HARAM percaya produk boleh menyembuhkan, tapi apa yang adik lakukan ini adalah meniru usaha orang. Dan kesembuhan itu sesungguhnya dari Allah"


Berat rasanya melihat manusia yang semakin mempercayai produk, teknik dan segala macam yang diyakini akan menyembuhkan segala penyakitnya. Tanpa mereka sedari, akidah mereka sedang terpesong.


"Ukhti, dalam perang Uhud dan perang Badar, kedua-duanya tentera islam sedikit dari tentera kafir, kan?"


Lama aku menunggu, untuk mencari kepastian. "Yup, kedua-duanya sedikit dari tentera kafir. Kenapa ukhti tanya ye?"


Tersenyum. "Takda pape. Hanya terfikir, kenapa dalam Perang Uhud, tentera Islam kalah"


"Setahu ana, dalam Perang Uhud, kekalahan tentera Ìslam di perang Úhud àdalah berpunca dari kegagalan meréka ùntuk mematuhi àrahan Nabi S.A.W. Meréka sibuk merebut harta perang yang ditinggalkan kafir Quraisy sewaktu diàmbang kemenangan.. Meréka tamak.."


 Aku tersenyum membacanya. "Ada lagi.."


Lama aku memikirkannya. "Mereka terlalu yakin yang mereka akan menang seperti dalam Perang Badar, walaupun sikit tapi menang. Begitu juga dengan masalah customer sekarang, lebih percayakan testimonial dari memikirkan usaha bagi pihaknya. Memang benar dalam Perang Badar, tentera Islam sedikit tapi menang, tapi kita kene tengok macam mana usaha mereka ketika itu. Tawakal mereka lebih kepada bantuan Allah ketika itu. Mereka tiada pengalaman dalam peperangan dan apa yang mereka ada adalah Allah dan Rasul semata-mata. Tapi bila Perang Uhud, mereka percayakan yang sedikit boleh menang lantaran dari pengalaman mereka ketika Perang Badar. Mereka tak dengar kata-kata Nabi. Dan mereka terlalu yakin yang mereka akan menang lantaran mereka di dalam kelompok agama Islam yang benar"


Menghirup secawan kopi.


"Ana tertarik dengan kata-kata ukhti mengenai mereka terlalu yakin mereka akan menang lantaran mereka di kelompok agama Islam yang benar. Kenapa ukhti boleh kata begitu ye sedangkan kita sudah sedia maklum, memang agama Islam adalah agama yang benar. Salah kah kita meyakini bahawa kita pasti menang kerana kita di pihak yang benar?"


Tersenyum. Dan aku menyusun kata-kata yang sesuai untuk memahamkan seorang sahabat di hadapan. "Ana bagi analogi yang sama. Produk. Kalau pelajar sains dan yang berada di dalam bidang kosmetik ini pastinya akan berkata sesuatu produk itu pasti benar dapat menyelesaikan masalah-masalah berdasarkan pengetahuan yang mereka telah pelajari. Mereka yakin benar dengan produk tersebut. Tapi bila ada pelanggan yang mencuba, berbotol-botol, masih juga masalah yang dijangkakan itu tidak dapat diatasi. Jadi, kat mana silapnya?"


Sahabat menggaru kepala. "Ukhti, product is product, Islam is Islam. Ana tak fahamlah maksud ukhti ni" 


Tersenyum. "Ukhti, cuba ukhti perhatikan betul-betul. Pelajar sains dan mereka yang berada di dalam bidang kosmetik melalui segala ilmu yang mereka yakini, mereka yakin bahawa produk itu akan mengatasi masalahnya. Kita gantikan pula dengan Islam, pelajar islam, dan mereka yang telah menyakini Islam adalah agama yang benar melalui segala ilmu mereka yang telah mereka yakini, mereka telah yakin bahawa Islam itu agama yang benar. Sama tak?"


Terdiam. Lama berfikir. "Memanglah sama, ukhti tapi sebenarnya tak serupa, kan?" Tergelak.


"He3. Cuba ukhti perhatikan pula ayat ana yang seterusnya ini ye"


"Baik. Ukhti teruskan"


"Cuma sahaja pelajar sains dan mereka yang berada dalam bidang kosmetik itu tidak menyatakan bahawa produk hanyalah membantu bukan penyembuh dan kesembuhan itu adalah dari Allah. Mereka juga tidak menerangkan kepada mereka dengan cara yang betul untuk menyusun kehidupan mereka, gaya hidup mereka, dan segala pantang larang dalam menggunakan produk itu supaya hasilnya mendapat keputusan yang diinginkan. Begitu juga dalam agama Islam. Mereka tulis berjela-jela dan banyak tentang hukum, tentang islam kepada mad'u tapi kenapa masih ramai yang tidak meyakini agama Islam sebagai agama yang benar? Kerana mereka tidak memberitahu pokok pada semuanya ini adalah tauhid. Kalau tak kerana tauhid, masakan Nabi ketika selepas Isra' Mikraj, Nabi berkata tentang takutilah Allah lantaran dari segala macam penyeksaan di neraka yang diperlihatkan?Nabi juga berdakwah bab akidah lebih lama dari tentang ibadat."


Terkedu sahabat di hadapan. Terdiam.


Aku menyambung. "Ukhti, di zaman Ikwanul Muslimin dahulu, ketika imam Hassan al-Banna masih hidup, ada seorang ahli gerak kerja ni, dia melihat penderitaan rakyat Palestine dan kemudian dia mengusulkan agar Ikhwanul Muslimin menghantar tentera untuk melawan puak Yahudi. Tapi Imam Hassan al-Banna tak setuju. Kenapa? Apakah Imam Hassan al-Banna tak nak merebut peluang ganjaran dari Allah ini? Dan ukhti nak tahu apa tindakan ahli itu? Dia pergi sorang-sorang bertempur dengan Yahudi di Palestine. Dengan harapan pihak ahli Ikhwanul Muslimin yang lain akan mengikutinya. Ukhti nak tahu kesudahannya? Dia mati katak kat sana."


Sahabat terkejut. "Habis tu...."


Aku hanya tergelak dan tersenyum. "Habis two, three"


"Eeeee, ukhti ni, kan" sambil tangannya mula untuk mencubit sahabat di hadapannya. Aku tergelak.


"Jadinya, percaya pada Allah disamping belajar ilmu Allah. Percayalah, Allah itu Maha berkuasa. Apa yang ada di sekeliling kita adalah suatu ujian untuk menentukan tahap keimanan seseorang. Kita membeli produk bukan bermaksud kita percaya pada produk itu tapi kita hanya meniru usaha orang, disamping kita sendiri perlu lakukan sesuatu. Di samping ubah gaya hidup yang sihat, kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, then baru sesuatu produk itu menghasilkan hasil yang diharapkan. Ini tak, ana pernah jumpa sau testimonial orang ni, siap kutuk-kutuk produk yang dia guna sebelum ni tak berkesan, pakai produk sorang ni baru nampak hasil. Mana tahu, kerja-kerja yang sepatutnya telah dilakukan oleh produk sebelum tuh, bila dia tukar produk, produk baru tuh cuma cuci kaki je, maksudnya buat kerja yang sepatutnya produk sebelum tuh nak mulakan. " Geleng kepala.


"Dan oleh kerana itu juga, agama ini adalah satu panduan, bukan suatu benda yang kita yakini ada karamah untuk bantu kita kalau kita sendiri tak buat segala panduan di dalam Islam yang telah diajar. Islam adalah satu gaya dan cara untuk kita kenal DIA, untuk kita hidup di dunia ini bertunjangkan akidah yang Esa di samping kita mengetahui bahwa Nabi Muhammad s.a.w adalah pemberi peringatan. Buktinya adalah segala hadith Nabi itu yang terakhir sekali matannya adalah dari Nabi. Cuba tengok ea, dalam rukun Iman, takda pulak ditulis Beriman kepada Islam. Rukun Islam pula adalah cara untuk kita menjadi seorang Islam. Kalau tak buat salah satu, maka belum sempurnalah islam kita."


Diam. Perlahan menghirup kopi yang kini suam-suam kuku. Terasa nikmat, bahagia. Alhamdulillah. "Jadinya ukhti, jangan kita lari dari akidah. Kerana akidah itulah satu-satunya tiket untuk kita dikumpulkan bersama menjadi hambaNYA yang bertaqwa. Semua yang ada di sekeliling kita hanyalah ujian penentuan akidah kita termasuk segala macam benda yang kita pakai. Di liang lahad nanti, hanya bertemankan sehelai kain kapan sahaja, tak lebih dari tu. Segala produk yang dipakai adalah untuk menguji akidah kita. Maka, kembalilah kepada Allah. Kesembuhan semuanya adalah dari Allah. Kalau kita nak jadi tak nak mencuba apa-apa, itu pun tak boleh juga, sebab Nabi sendiri ada memberi hadith tentang beberapa makanan yang baik untuk kesihatan seperti Madu, Herbatus sauda dan lain-lain. Cuma sahaja itu semua adalah permainan iman kita sama ada kita menyakini kata-kata Nabi atau tidak dan kesembuhan tetap dari Allah. Semuanya hanyalah bentuk ujian iman kepada kita, maka sentiasalah kembali kepada Allah"


Tersenyum. Dan akhirnya suasana menjadi tenang, damai dan ditemani dengan alam yang sentiasa berzikir dan bertasbih mengingatiNYA, Allah swt.


Kini Aura White diperbaharui, dari 400 000mg kepada 900 000mg dan kesan yang lebih menakjubkan. Ramai yang telah mencuba dan berpuas hati dengan hasilnya. Jom cuba Aura White 900 000mg.

Rahsia yang dirahsiakan oleh Allah.



Membelek-belek senaskah majalah, sambil menunggu Fyka selesai melayan pelanggan, aku memerhatikan sahaja isi kandungan majalah yang tidak ku hiraukan sangat keberadaannya.


Selesai Fyka melayan pelanggan, dia menyambung perbualan kami. Menceritakan sebuah kisah dari pengalamannya sendiri.


"Makcik Fyka makan rumpai laut yang rebus tuh, kak. Fyka tanya kat dia, harganya berapa. Bila dia bagitahu harga tuh, Fyka rasa mahal, lah. Fyka kate kat makcik, ada yang lagi murah. Tapi makcik kata, 'Takpelah, walaupun mahal, sebab keikhlasan dia menjual, dia ada doakan makcik, maka penyakit makcik ni jadi semakin sembuh'. Fyka masa dengar kata-kata makcik tuh, Fyka jadi terdiam, kak. Memang betul, lah, kan, kita tak tahu macam mana keikhlasan penjual tu. Barangkali disebabkan keikhlasan itu, penyakit makcik semakin sembuh"


Dan aku juga terdiam, berfikir. Kerana kegembiraan yang makcik itu berikan kepada penjual itu, iaitu membeli barang yang dijual dengan sekian harga, maka ganjaran Allah kepadanya kerana telah menggembirakan penjual itu. Masha Allah. Ramai yang tidak tahu rahsia Allah, apabila menggembirakan makhlukNYA, DIA akan gembirakan semula kita.


Fyka menyambung, " Kadang-kadang, Fyka jual kat sini, Fyka bagi semua orang diskaun. Tapi yang kesalnya, dah diberi murah, nak murah lagi. Secara tak langsung, muka kita yang berseri-seri pun berubah, jadi tak ikhlas, kan kak."


Dan aku menjadi semakin lagi terdiam. Sungguh, Allah itu berada di dalam sangkaan hambaNYA, dan sangkaan itu menjadikan keizinanNYA barangkali tersekat.


"Barangkali ada yang pelanggan tak menjadi bila dia makan produk-produk ni, mungkin keikhlasan penjual tuh pun menjadi semakin berkurang, kan kak?"


"Barangkali, dik"


Memang benar akan kata-kata Fyka, terkadang pelanggan tak tahu nilai 'UNTUNG' bagi penjual, dan nilai 'UNTUNG' itu pula bagi pelanggan. Apa yang mereka tahu adalah harga murah bagi barang yang ingin mereka miliki.


"Aish, akak tak faham betul customer sekarang. Dah dibagi murah, kata barang ni tiruan, dibagi harga asal yang mahal, kata mahal sangat pulak. Apa yang sebenarnya customer ni nak?" seorang kakak membebel pada aku membuatkan aku terdiam. Ada benar kata-katanya.


Mengelamun dan terdiam. 


Dalam urusan muamalat, ramai yang tidak sedar, apa yang Allah nilai bukanlah keberkesanan produk tersebut, bukan pula keberjayaan pelanggan mendapatkan harga yang lebih murah dari orang lain, tapi, apa yang dinilai oleh Allah adalah doa dan nasihat sesama mereka.


"Selalunya, kalau sesuatu produk tu di complaint oleh customer tentang keberkesanannya, ada penjual cakap ikut orang, kan? Tapi, kalau akak, akak akan cakap, ikut tahap keimanan seseorang itu sebab semuanya adalah atas izin Allah. Menyakini bahawa kesembuhan dan keberkesanan itu adalah dari Allah menerangkan salah satu dari bahagian Beriman Kepada Allah. Jadi, akak akan kata, ikut tahap keimanan seseorang itu untuk sesuatu produk itu menjadi kepada dia" dan aku memberi satu ayat kenyataan pada jawapan untuk sebuah complaint.


Aku masih ingat, satu ketika, seorang pakcik yang berjalan-jalan di sekitar Taipan Senawang, menjual CD al-Quran. Aku masih ingat ketika kami sekeluarga makan di salah sebuah kedai steambot di situ, kami membeli habis CD pakcik tersebut. Selesai urusan muamalat, pakcik tuh duduk bersama kami, dan menadah tangan, berdoa. Dan kami tanpa teragak-agak untuk mengaminkan doanya.


Selesai urusan tersebut, Angah bersuara. Angah yang baru pulang dari Umrah. "Jangan main-main dengan doa tu. Kita tak tahu, mana tahu pakcik tuh malaikat ke. Sebab tuh kita jangan memperlekehkan doa seseorang"


Dan kami meneruskan perbualan.


Ramai pelanggan tak tahu, muamalat di antara customer dan penjual bukanlah keberjayaan sebuah produk terjual dan modal kembali, tapi, doa dan keikhlasan. Dan kerana itu, di dalam muamalat ada akad yang mana akad itu tanda kita redha meredhai urusan jual beli tersebut.


Ramai yang masih tidak tahu, rahsia yang dirahsiakan Allah dalam urusan jual beli ini...............


Menghadapi masalah kulit wajah? Tercari-cari skincare yang sesuai? Cubalah produk skin care A-dha, insha Allah, dengan izin Allah, masalah anda akan selesai. Cubalah, kerana ramai yang telah mencuba dan berjaya.