Sunday, 26 May 2013

Rahsia yang dirahsiakan oleh Allah.



Membelek-belek senaskah majalah, sambil menunggu Fyka selesai melayan pelanggan, aku memerhatikan sahaja isi kandungan majalah yang tidak ku hiraukan sangat keberadaannya.


Selesai Fyka melayan pelanggan, dia menyambung perbualan kami. Menceritakan sebuah kisah dari pengalamannya sendiri.


"Makcik Fyka makan rumpai laut yang rebus tuh, kak. Fyka tanya kat dia, harganya berapa. Bila dia bagitahu harga tuh, Fyka rasa mahal, lah. Fyka kate kat makcik, ada yang lagi murah. Tapi makcik kata, 'Takpelah, walaupun mahal, sebab keikhlasan dia menjual, dia ada doakan makcik, maka penyakit makcik ni jadi semakin sembuh'. Fyka masa dengar kata-kata makcik tuh, Fyka jadi terdiam, kak. Memang betul, lah, kan, kita tak tahu macam mana keikhlasan penjual tu. Barangkali disebabkan keikhlasan itu, penyakit makcik semakin sembuh"


Dan aku juga terdiam, berfikir. Kerana kegembiraan yang makcik itu berikan kepada penjual itu, iaitu membeli barang yang dijual dengan sekian harga, maka ganjaran Allah kepadanya kerana telah menggembirakan penjual itu. Masha Allah. Ramai yang tidak tahu rahsia Allah, apabila menggembirakan makhlukNYA, DIA akan gembirakan semula kita.


Fyka menyambung, " Kadang-kadang, Fyka jual kat sini, Fyka bagi semua orang diskaun. Tapi yang kesalnya, dah diberi murah, nak murah lagi. Secara tak langsung, muka kita yang berseri-seri pun berubah, jadi tak ikhlas, kan kak."


Dan aku menjadi semakin lagi terdiam. Sungguh, Allah itu berada di dalam sangkaan hambaNYA, dan sangkaan itu menjadikan keizinanNYA barangkali tersekat.


"Barangkali ada yang pelanggan tak menjadi bila dia makan produk-produk ni, mungkin keikhlasan penjual tuh pun menjadi semakin berkurang, kan kak?"


"Barangkali, dik"


Memang benar akan kata-kata Fyka, terkadang pelanggan tak tahu nilai 'UNTUNG' bagi penjual, dan nilai 'UNTUNG' itu pula bagi pelanggan. Apa yang mereka tahu adalah harga murah bagi barang yang ingin mereka miliki.


"Aish, akak tak faham betul customer sekarang. Dah dibagi murah, kata barang ni tiruan, dibagi harga asal yang mahal, kata mahal sangat pulak. Apa yang sebenarnya customer ni nak?" seorang kakak membebel pada aku membuatkan aku terdiam. Ada benar kata-katanya.


Mengelamun dan terdiam. 


Dalam urusan muamalat, ramai yang tidak sedar, apa yang Allah nilai bukanlah keberkesanan produk tersebut, bukan pula keberjayaan pelanggan mendapatkan harga yang lebih murah dari orang lain, tapi, apa yang dinilai oleh Allah adalah doa dan nasihat sesama mereka.


"Selalunya, kalau sesuatu produk tu di complaint oleh customer tentang keberkesanannya, ada penjual cakap ikut orang, kan? Tapi, kalau akak, akak akan cakap, ikut tahap keimanan seseorang itu sebab semuanya adalah atas izin Allah. Menyakini bahawa kesembuhan dan keberkesanan itu adalah dari Allah menerangkan salah satu dari bahagian Beriman Kepada Allah. Jadi, akak akan kata, ikut tahap keimanan seseorang itu untuk sesuatu produk itu menjadi kepada dia" dan aku memberi satu ayat kenyataan pada jawapan untuk sebuah complaint.


Aku masih ingat, satu ketika, seorang pakcik yang berjalan-jalan di sekitar Taipan Senawang, menjual CD al-Quran. Aku masih ingat ketika kami sekeluarga makan di salah sebuah kedai steambot di situ, kami membeli habis CD pakcik tersebut. Selesai urusan muamalat, pakcik tuh duduk bersama kami, dan menadah tangan, berdoa. Dan kami tanpa teragak-agak untuk mengaminkan doanya.


Selesai urusan tersebut, Angah bersuara. Angah yang baru pulang dari Umrah. "Jangan main-main dengan doa tu. Kita tak tahu, mana tahu pakcik tuh malaikat ke. Sebab tuh kita jangan memperlekehkan doa seseorang"


Dan kami meneruskan perbualan.


Ramai pelanggan tak tahu, muamalat di antara customer dan penjual bukanlah keberjayaan sebuah produk terjual dan modal kembali, tapi, doa dan keikhlasan. Dan kerana itu, di dalam muamalat ada akad yang mana akad itu tanda kita redha meredhai urusan jual beli tersebut.


Ramai yang masih tidak tahu, rahsia yang dirahsiakan Allah dalam urusan jual beli ini...............


Menghadapi masalah kulit wajah? Tercari-cari skincare yang sesuai? Cubalah produk skin care A-dha, insha Allah, dengan izin Allah, masalah anda akan selesai. Cubalah, kerana ramai yang telah mencuba dan berjaya.

No comments:

Post a Comment

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH JUGA DIRECT KE PAGE DOUBLENTERPRISE ESHOPPERS https://www.facebook.com/doubleNterprise?fref=ts